Tomok…Juara One In A Million???

Salam dan sejahtera kepada semua.
Malam ini aku nak bercerita tentang One In A Million.Malam ini adalah malam Grand Finale One In A Million.Walaupun aku tak pernah mengikuti secara serius tentang program realiti muzik di tv,namun malam ini aku terpanggil untuk membuat sikit review tentang apa yang diperkatakan tentang siapakah yang akan menjadi JUTAWAN SEGERA?atau adakah mereka layak dipanggil ‘Instant’ Millionaire Artist????Layakkah mereka???
Ya,Setiap kali lepas persembahan ketiga-tiga artis tersebut,Tomok,Esther dan Aweera.Aku menantikan komen-komen yang akan diberikan oleh Syafinaz dan Paul Moss.Serius aku katakan,komen-komen mereka lebih kepada MENYUKAI Tomok.Benarkah apa yang mereka katakan,seperti persembahan Tomok adalah CLASSY,THE BEST PERFORMANCE,berbanding persembahan dari peserta-peserta lain.
Pada pendapat aku,YA persembahan Tomok adalah CLASSY,mempunyai kelas yang tersendiri iaitu KELAS TANGKAP LENTOK!!!Sorry,tapi itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mengetengahkan pendapatnya.Bukan begitu?
Bila aku tonton persembahan Aweera,boleh tahan.Suaranya susah untuk kita cari.Ya,suaranya itu adalah GIFT dari Yang Maha Esa.Cuma mungkin pendedahannya terhadap dunia muzik masih kecil.Bagi Esther pula,suaranya yang serak-serak basah itu memang mempunyai kelainan.Namun kesilapan dalam memilih lagu merupakan punca utama mengapa Esther tidak dapat menonjolkan serak-serak basah tersebut.
Aha,sambil aku menulis post kali ini,keputusan One In A Million telah pun diumumkan.Tomok adalah juara.YA..TOMOK ADALAH JUTAWAN SEGERA!!!TOMOK ADALAH ARTIS JUTAWAN SEGERA!!!Suara Tomok bernilai RM1,000,000!!!
Aku tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.Jika benar suara Tomok bernilai satu juta,dari dulu lagi dia dah berjaya dalam dunia muzik..Namun,keputusan sudah diumumkan,Tomok telah menang.Kita tunggu dan lihat apakah hasil dari RM1,000,000 tersebut…
Bagaimana pembaca sekalian??adakah anda bersetuju Tomok mempunyai suara yang bernilai RM1,000,000???Adakah Tomok layak untuk memenangi RM1,000,000 tersebut?
Bak kata Nabil,Lu Pikir La Sendiri…Assalamualaikum.
15 Comments »
Leave a Reply
-
Archives
- May 2009 (1)
- April 2009 (6)
- March 2009 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
takpala dah rezeki dia,, rezeki kan ditangan tuhan..tentu tuhan dah ada perancangan untuk dia,, kita tunggu dan lihat jela
haah…da rezeki dia..harap2 dia xterkena badi tempat pertama seperti pemenang-pemenang OIAM musim-musim lepas kan..Senyap jer…
“Jika benar suara Tomok bernilai satu juta,dari dulu lagi dia dah berjaya dalam dunia muzik..”
10 tahun lepas dia dah gegar industri, ramai yang suka, tak kurang juga ramai yang benci… kini kemenangan dia boleh menutup mulut orang yang benci dia for no reason tu… lu pikirlah sendiri..
yeah..gegaran untuk kalngan mana ya??
haaaa..sedar pun ko..lu pikir la sendiri!!mmg TOMOK layak menang..takde orang kata Aweera & Esther tak layak menang,cuma Aweera terlalu lahh rock kapak,kampung sangat..kalo ko rase ko kelas gitu,so betullah kampung ko ni eh..opss haha
ok….semua orang ade pendapat masing-masingkan??
p/s:pada aku,bandar and kampung sama saja….dan aku mengaku aku berasal dari kampung…hehe
ya Tomok memang layak terima gelaran Juara.. En Noobie tak bolehlah compare Tomok dulu dan sekarang coz it totally different..
nak xplain lebih dalam rasanya dah telat.. lagipun dah byk bloggers yg talk about transformasi Tomok ini..
anyway semoga rezeki terus berpihak pada Tomok..
u r d best!!
Layak atau tidak,sudah tak LAYAK lagi dibicarakan.Tomok sudah memenangi RM1 Juta tersebut.Tentang comparison tuh,yg men ‘differentiate’ kan Tomok dulu dan Tomok sekarang adalah tahap KE’SENGAU’AN Tomok sekarang berkurangan.Namun,jika dilihat pada persembahan terakhir Tomok malam Finale tu,masih lagi Tangkap Lentok..Come on la..Lagu macam tu tak manguji tahap seseorang penyanyi.Jika benar suara Tomok bernilai RM1 juta,beliau harus & wajib,mampu membawa apa sahaja jenis lagu.Bukan takat takap lentok aje..
“Walaupun aku tak pernah mengikuti secara serius tentang program realiti muzik di tv”
Assalammualaikum,
jika anda tidak mengikuti secara serius OIAM…so u don’t have the right to say TOMOK tak layak untuk 1 juta tu… kalo kite mengikuti week by week persembahan TOMOK…absolutely, he deserve it!!!
Aku pun pd mula2 ragu2 gak…layak ke TOMOK ni bertanding dlm pertandingan sebagus OIAM ni…lepas tgk performance dia dari minggu ke minggu…mmg dia bagus…dan dia bukan lagi Tomok yg dulu…
and one more thing, kalo dah professional judges pun ckp dia bagus & layak menang… “So, ape lagi yg membuatkan dia tak layak?” think about it…. Salam….
Waalaikummussalam..
1st of all,terima kasih kerana bagi pendapat..FYI,aku keluarkan pendapat aku based on Tomoks’ performances masa ‘Grand Finale’ malam tuh..Dan lagu solo Tomok,aku pun lupa tajuknya,cara beliau membawa lagu tersebut mengingatkan aku kepada zaman kemunculannya 10 tahun lepas..Seriously!!!Aku beserta kawan-kawan aku sdah bosan dengan cara nyanyian seperti itu…Sebab itu aku kata I dont think that ‘He’s The One’…And about the Professional Judges,aku nak tanya sikit,selain dari OIAM,mana lagi Reality Program yang mereka adalah ‘JUDGES’nya?apakah hasil dari komentar-komentar mereka?OIAM musim 1 & 2,kemana menghilangnya pemenang2 mereka?Malaysian Idol,2 season.Salah seorang judge OIAM adalah judge bagi Malaysian Idol juga.Kemana hasil mereka pergi?Mana pemenangnya?Mana hasilnya?Apa hasil yang dapat ditunjukkan setelah RAKYAT MALAYSIA yang membazir duit mengundi?Jikalau betul pro judge itu terlalu bagus komentar2nya,tunjukkan hasilnya..Bukan setakat buat show sana sini..Habis duit album pun takda lagi…
p/s:sori terpanjang pulak reply comment ko..harap ko singgha lagi lar ke blog neh k..Adios
“sirik tanda tak mampu” aku rase itulah ungkapan yg tepat bagi orang2 yg slalu mncari kelemahan orang lain.karena diri sendiri tak mampu meraih ape yang dapat orang lain raih,mka yang muncul adalah selalu mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.
Assalamualaikum..
Mr Ruruez,come on la….open up ur mind…seperti yang aku katakan..kita semua da pendapat masing-masing..and adakah seseorang itu perlu mempunyai ijazah,kelayakan, dan yang “seangkatan” dengannya untuk mengeluarkan pendapat??
ASMK,
sy tidal\k pernah meminati tomak..cuma tahu dia masuk oiam melalui tv and papers, Mlm final 1st tengok OIAM ..I love what him doing ..1st time we all satu family vote for him..i think he sangat layak…minta maaf..Aweera ..mlm tu ingat jerit dia je ..Ester pula tak capture our heart at all
however all telented..
tapi yang menang OIAM nie diorang dah ade album sendiri ke ????
ntah…setahu aku la…pemenang xdak..tapi no2 ade…FAIZAL TAHIR aka Superman..