No0bie’s Blog

Just another NEWBIE/no0biE weblog

Tomok…Juara One In A Million???

oiam3

 

Salam dan sejahtera kepada semua.

Malam ini aku nak bercerita tentang One In A Million.Malam ini adalah malam Grand Finale One In A Million.Walaupun aku tak pernah mengikuti secara serius tentang program realiti muzik di tv,namun malam ini aku terpanggil untuk membuat sikit review tentang apa yang diperkatakan tentang siapakah yang akan menjadi JUTAWAN SEGERA?atau adakah mereka layak dipanggil ‘Instant’ Millionaire Artist????Layakkah mereka???

Ya,Setiap kali lepas persembahan ketiga-tiga artis tersebut,Tomok,Esther dan Aweera.Aku menantikan komen-komen yang akan diberikan oleh Syafinaz dan Paul Moss.Serius aku katakan,komen-komen mereka lebih kepada MENYUKAI Tomok.Benarkah apa yang mereka katakan,seperti persembahan Tomok adalah CLASSY,THE BEST PERFORMANCE,berbanding persembahan dari peserta-peserta lain.

Pada pendapat aku,YA persembahan Tomok adalah CLASSY,mempunyai kelas yang tersendiri iaitu KELAS TANGKAP LENTOK!!!Sorry,tapi itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapat masing-masing dan mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mengetengahkan pendapatnya.Bukan begitu?

Bila aku tonton persembahan Aweera,boleh tahan.Suaranya susah untuk kita cari.Ya,suaranya itu adalah GIFT dari Yang Maha Esa.Cuma mungkin pendedahannya terhadap dunia muzik masih kecil.Bagi Esther pula,suaranya yang serak-serak basah itu memang mempunyai kelainan.Namun kesilapan dalam memilih lagu merupakan punca utama mengapa Esther tidak dapat menonjolkan serak-serak basah tersebut.

Aha,sambil aku menulis post kali ini,keputusan One In A Million telah pun diumumkan.Tomok adalah juara.YA..TOMOK ADALAH JUTAWAN SEGERA!!!TOMOK ADALAH ARTIS JUTAWAN SEGERA!!!Suara Tomok bernilai RM1,000,000!!!

Aku tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.Jika benar suara Tomok bernilai satu juta,dari dulu lagi dia dah berjaya dalam dunia muzik..Namun,keputusan sudah diumumkan,Tomok telah menang.Kita tunggu dan lihat apakah hasil dari RM1,000,000 tersebut…

Bagaimana pembaca sekalian??adakah anda bersetuju Tomok mempunyai suara yang bernilai RM1,000,000???Adakah Tomok layak untuk memenangi RM1,000,000 tersebut?

Bak kata Nabil,Lu Pikir La Sendiri…Assalamualaikum.

May 1, 2009 Posted by | Aku & Aku, Orang-Orangan, Review | , , , , , , , , , , | 15 Comments

   

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.