Sistem Kesihatan yang Disosialis

Sicko
Salam dan sejahtera kepada semua.
Apa yang aku nak review hari ini telah lama ditayangkan,namun masih berkesan di hati aku,walaupun aku telah menontonnya lebih dari 5 kali.
Disini aku ingin berkongsi sedikit tentang satu rancangan,Sicko yang diarah oleh Michael Moore.Rancangan ini adalah sebuah rancngan yang lebih berbentuk dokumentari tentang sistem perubatan di Amerika.Dokumentari ini bukan sahaja membongkar tentang sistem perubatan di Amerika,malah membandingkannya dengan beberapa negara iaitu Canada,Perancis dan Cuba.Ketiga-tiga negara ini telah dilabelkan musuh oleh kerajaan Amerika sendiri.
Pada zaman pemerintahan Clinton,presiden Amerika Syarikat ini telah melantik isterinya sendiri,Hillary Clinton untukmenguruskan sistem perubatan Amerika secara menyeluruh.Idea ini diberi nama Sistem Perubatan Sosialis Menyeluruh.Namun,idea ini telah mendapat tentangan menyeluruh daripada pihak dalaman kerajaan Amerika sendiri,sistem insurans dan pengeluar ubat-ubatan.Ini kerana idea yang akan dilaksanakan ini akan memotong lebih separuh daripada keuntungan yang mereka miliki.
Oleh kerana tidak tahan dengan tentangan yang dihadapi,Bill Clinton telah memutuskan untuk tidak meneruskan idea tersebut.Oleh kerana Hillary Clinton mengambil keputusan berdiam diri,dia telah dibayar lebih $1,000,000 oleh organisasi insurans dan pengeluar ubat-ubatan.Bayangkan betapa korupsinya negara yang dikatakan paling maju didunia ini.
Dalam rancangan berbentuk dokumentari ini,Moore telah pergi ke beberapa buah negara seperti Canada,Perancis dan Cuba untuk membandingkan sistem perubatan Amerika dengan ketiga-tiga negara tersebut.Yang peliknya,ketiga-tiga negara ini telah dilabelkan sebagai musuh oleh kerajaan Amerika sendiri!!!
Okay,kita ke Canada.Di Canada, pesakit yang menjalani rawatan tidak perlu membayar bil perubatan mereka.Malah jika mereka berada didalam golongan yang kurang mampu,kerajaan Canada akan menghulurkan duit belanja pengangkutan dan makanan sebaik sahaja mereka keluar dari hospital.Bayangkan….
Di Perancis pula,keadaan sistem perubatan mereka adalah sama seperti Canada.Cuma mereka dikehendaki membayar bil ubatan mereka mengikut caj standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan Perancis.Bil perubatan hospital pula,kerajaan Perancis telah menetapkan yang para pesakit tidak perlu membayar apa-apa.
Bagi kedua-dua negara diatas,Moore hanya pergi bersama-sama dengan krew pengambaran.Tetapi tidak bagi Cuba,Moore membawa bersama-sama sekumpulan rakyat Amerika kelas pertengahan yang tidak mampu menganggung bil perubatan mereka.Di dalam kumpulan ini,ada beberapa orang yang terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat 9 September.Namun begitu,mereka ini tidak dihargai oleh kerajaan Amerika dan permohonan mereka untuk mendapatkan perlindungan insurans dari segi perubatan telah ditolak melebihi 3 kali.
Setelah mereka tiba di Cuba,mereka telah dibawa ke salah sebuah hospital untuk menerima rawatan.Doktor-pakar terus melawat mereka dan menjalankan ujian.Hasilnya,mereka mendapat rawatan yang selama ini mereka impikan.Aku memang kagum dengan ketiga-tiga negara ini.
Sekarang yang buat aku tertanya-tanya,diamanakah Malaysia berada?Di sebelah Amerika Syarikat atau di sisi ketiga-tiga negara ini?Apa pendapat korang?
p/s:sori kalau post nih panjang..:-)
-
Archives
- May 2009 (1)
- April 2009 (6)
- March 2009 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS